Asal usul anjing bela jinak
Asal usul anjing bela jinak

Asal usul anjing bela jinak

Asal usul anjing bela jinak (Canis lupus familiaris) bermula dengan pembelajinakan serigala kelabu (Canis lupus) pada berpuluh-puluh ribu tahun lalu.[1][2][3] Bukti genetik dan arkeologi menunjukkan bahawa manusia membelajinakkan serigala pada lebih daripada satu kejadian, dengan zuriat C. l. familiaris kini muncul dengan jelas hanya sebelum 15,000 tahun lalu seperti terbukti dengan tapak Bonn-Oberkassel dan mungkin seawal 33,000 tahun lalu seperti terbukti dengan pengujian mtDNA terhadap sisa anjing paleolitik dari Gua Razboinichya (Pergunungan Altai).[4][5][6][7][8][9][10][11]Anjing yang dibelajinakkan membekalkan manusia awal dengan haiwan penjaga, sumber makanan, bulu, dan haiwan beban; manusia menyediakan makanan dan tempat perlindungan kepada anjing. Prosesnya berterusan sehingga kini, dengan pemilihan buatan dan pembiakan silang anjing dengan niat untuk mewujudkan baka anjing yang baharu.

Rujukan

WikiPedia: Asal usul anjing bela jinak http://abc.net.au http://abc.net.au/animals/human_stars.htm#raymond http://abc.net.au/animals/program1/factsheet5.htm http://www.abc.net.au http://www.abc.net.au/science/articles/2002/03/26/... http://archaeology.about.com/od/domestications/qt/... http://www.arisandphillips.com/ap/Anubis.html http://discovermagazine.com/1994/oct/ascentofthedo... http://news.discovery.com/animals/paleolithic-dogs... http://www.genomeweb.com/african-dog-genetics-sugg...